Mut (dewi)
Mut (dewi)

Mut (dewi)

Mut, juga digelar Maut, ialah seorang dewi dari zaman Mesir purba. Namanya bermaksud ibu dalam bahasa Mesir purba.[1] Sifat dan ciri-ciri dewi Mut banyak berubah dalam susur galur budaya Mesir purba.Dewi Mut difahamkan adalah antara tuhan-tuhan pertama yang terbit daripada air julung Nu. Mut kadangkala dikatakan adalah pelahir alam semesta menerusi biakan sendiri, tetapi biasanya dikatakan ada seorang suami, Amun-Ra. Walaupun penganut Mut percaya dia adalah ibu kepada segala benda di alam semesta, dia biasanya digelar sebagai ibu kepada anak dewa bulan, Khonsu. Di Kuil Karnak, Amun-Ra, Mut dan Khonsu disembah bersama sebagai tiga dewa utama Thebes.Dalam seni, Mut biasanya digambarkan sebagai seorang wanita dengan dwimahkota Mesir, mewakilkan kuasanya ke atas kedua-dua negeriSemasa kemasyhuran penyembahan Mut, pemerintah Mesir akan menyembahnya dengan cara mereka tersendiri untuk menekankan kuasa dan hak mereka untuk memerintah. Mut biasanya diraikan dalam pesta-pesta seperti Pesta Opet dan Pesta Indah Lembah. Kuilnya yang paling masyhur terletak di Karnak, Thebes.Mut ada banyak gelaran, seperti Ibu Pertiwi, Mata Ra, Permaisuri Para Dewi, Dang Kayangan, Ibu Dewa-dewi, Sang Pelahir, Namun Tidak Dilahirkan Siapa serta Pelahirkan Sebuah Bangsa.